disable highlight

Rabu, 19 Mac 2014

Takdir aku


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


try to hide all my tears 


Usai solat isyak utk hari ini, aku merenung tapak tanganku dan aku termenung seketika . 
aku terpikir apa yang aku telah lalui sepanjang aku hidup selama 21 tahun .

apa yg tlh aku lakukan pada diri aku,

apa yg tlh aku lakukan pada hati aku,

apa yg tlh aku lakukan pada org sekeliling aku,

apa yg tlh aku lakukan pada agamaku . 

terdiam . . . . 

lalu aku mengesat airmata . hati rasa sebak . Allah , kenapa masih sebak sedangkan aku rasa sudah puas aku menangis . inilah yg dikatakan , Allah beri kesedihan kpd hambaNya kerana Allah inginkan hambaNya mengadu dan dekatiNya . Allah Maha Mendengar .

tetapi diri aku , aku tidak sebaik apa yg org sangka . aku masih lemah .adakalanya aku melihat muslimah sana sini, nampak sangat hebat sehingga mereka tidak mengetahui bahawa aku mahukan seperti mereka . 

aku sangat lemah . aku rasa terasing . aku rasa rendah sangat jika dibandingkan dengan muslimah atau sahabat muslimah yg aku kenali . aku tak kuat dan sebab itu juga aku mengalah untuk semua ini . 




Sebak,

Saat ku titipkan doa buat kita.

Saat ku titipkan rindu buat kita melalui Yang Maha Esa.

Saat ku bersujud memohon redha-Nya.

Tidak ku pinta kau untukku.

Tidak juga ku pinta aku untuk kau.

Cukup aku pinta yang terbaik untuk kita.

Kerna itu sudah lebih menyenangkan.

Tidak ku mahu menang sendiri.

Cukup Allah perancang terbaik buat kita.

Semoga ikhlas dan redha sentiasa bersama kita.

Dalam apa juga yang telah dirancangkan oleh-Nya.

Adalah rancangan yang terbaik buat semua.

Dengan Izin Allah. July.12 sehingga 17.03.14.

sincerely, Ana NurHidayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan