disable highlight

Ahad, 6 Oktober 2013

: Labuhnya Tudung Awak :



: Story About Muslimah :


“Awak ambik kos pendidikan Islam . . .”

“tak . . .”

“Habistu??? Aaaa…mesti ambik kos bahasa arab kan . . .”

“Tak juga, saya kos Graphic Designer la . . .”

“saya ingatkan ustazah tadi . . .”

Hmmm . . . soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh. . . Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama. . .

Haishhh. . . ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz. .
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah .
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh. . Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh. .

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. 
" (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak . .  Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bole mendidik si pemakainya . .

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu . . . cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu . . . Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela. . . takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria . . . kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai . . .
Nauzubillah. . .

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam.

“Assalamu’alaikum ustazah. . . tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak. . . saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???”

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah.

Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. 

Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya akan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.

sekian………………... ;D


*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau’zubillah…

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT…

Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Selasa, 1 Oktober 2013

Bila Hati . . . . . .


Assalamualaikum wbt.




selamat tengahari semua~ . entry kali ni nak share psl HATI . . . sebenarnye inilah yg paling susah nak jaga . HATI ! . Nabi pernah berpesan, antara yg paling susah utk dijaga adalah hati sbb itu point yg terutama dlm diri manusia tak kira lah dia alim ke, ustaz ke, budak agama ke, semua susah utk menjaga kalau bab hati . 

dan disebabkan hati juga . timbulnya perasaan jatuh cinta . kecewa , sedih . marah . dan macam2 lagi . bab cinta tu yg nak diluahkan utk entry kali nie . ade tak siape2 yg tak pnah jatuh cinta ? perasaan tu tak salah ianya fitrah manusia tapi yg salah jika perasaan cinta itu jadi fitnah . Allah dah terapkan perasaan cinta tu pd setiap makhluknya , tak salah kalau kita jatuh cinta tapi jangan sampai lalai n lupa pd Allah , Dia yang memberi dan sepatutnye pada Dia kita kena bersyukur . 

kadang-2 manusia persoalkan , kenapa aku macamni ? kenapa lelaki buat aku camni ? kenapa semua lelaki sama ? kenapa perempuan tu tinggalkan aku ? kenapa perempuan suka sangat mainkan perasaan aku ? kenape ? kenape ? kenape ?

 honestly , nur pun tak kuat tapi . . . . . .  tapi takpela , orang dah tak sudi . lupakan , Mungkin setelah beberapa lama masih ada sisa tangis lagi tapi itu normal. Bukan senang kita melupakan cinta, kecuali bagi orang yang tidak berhati perut dan tidak berperasaan .

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Dalam mengubat hati, kita perlu faham kasih sayang Allah. Dia adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang. Tentunya ada sesuatu yang akan ditunjukkan kepada kita melalui kekecewaan tersebut. Kesakitan juga menghapus dosa. :')

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Kadang-kadang kita susah melupakan bukan kerana kekecewaan sahaja. Tapi hati kita sakit melihat orang yang pernah kita sayang dengan mudah sahaja beralih arah kepada orang lain. 

Tak apa. Biarkan. Perempuan baik untuk lelaki baik dan begitulah sebaliknya. Yakinlah dengan kasih sayang Allah. Yakinlah dengan kekuasaan Allah.

“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU amatlah pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

nukilan : Blog Akhi Al-Hafiz (mintak izin copy na. .)

Ahad, 2 Jun 2013

Artis Contoh : Raqib Majid :

Assalamualaikum wbt .

cuace petang nie sedap mata memandang *eh ade ke cuace camni ? haha . okayy lah . ptg ni takde wat pape . sibuk cari maklumat dalam google . 

ape yg nur tahu dia ni , seorang manusia . haha . opkos lah kan ? hehe . okayy . google punya google dan see ! dia mmg dari Akademi Fantasia musim 9 . Okayy . hmmmm . masa follow dia , nur fikir dia dari Akademi Al-Quran atau Nasyid tau sbb dia nie lain drpd lain . 

mmg tak dinafikan suara dia memang awesome . bab tilawah alquran , nur jadi terkedu jugak . ape tak nye . merdu . Allahuakbar . jgn pndg pd luaran seseorang . tak semestinya dia dari AF, dia pakai baju biase tp dia tak bole baca Quran dgn baik kan ? Respect Raqib Majid AF9 . Faisal AF6 pun ok .


Raqib Majid bersama Al-Hafiz Dato Ustaz Haji Abdul Rahim bin Chaliq turut hadir mengimarohkan majlis kesyukuran dia.

bersama Dato' Ustaz Rahim Khalid

Kelas Al-Quran bersama Dato' Faizul Di 'Makmal Al-Quran' Negeri Pahang

masjid muqarrabin,bandar tasik selatan menuntut ilmu Al-Quran dan taranum bersama Qari Antarabangsa Ustaz Anuar Ghazali utk persediaan ke peringkat kebangsaan.

Tahsin Al-Quran peringkat kebangsaan d hotel midah Kuala Lumpur.

Terbaiklah . suka pada yg Johan Qari :)

Johan Qari Majlis Tilawah Al -Quran Peringkat Negeri Melaka 2013..dia akan mewakili negeri melaka ke Majlis Tilawah Al-Quran Pringkat Kebangsaan Yg Akan diadakan Di Megeri Kelantan Darul Naim. *terharu dgn beliau... Alhamdulillah..

   
Dikir Zikir Tv Al Hijrah Lau kana Bainana .

Alhamdulillah . tak tau nak cakap ape tapi bersyukur  . speechless . . apepun , respect pada kedua ibubapa beliau sebab jaga anak spt Raqib nie dgn baik ,. semoga beliau istiqamah dan zuhud . akhir zaman , susah jumpe pemuda or remaja even org tua yg dekat dengan al quran iaitu kitab Allah . 

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim.


Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”(Hadis Riwayat Muslim)


Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

wallahualam . nak layan jap Lau Kana Bainana dr Raqib Majib 

#mintak izin pada Raqib Majid . sampai inbox FB dia minta izin copy picture . :)



Isnin, 25 Mac 2013

Kenapa Saya Lebih Suka SINGLE ?

Bismillahirrahmanirrahimm . 

selamat subuh~ tak tdo menghadap blogg2 kawan nie . hehehe . skrg jam menunjukkan 5 pagi . :)
alang2 tak payah tdo lah ye . haiyaa 'alal sollah . haiyya 'alal falah .

share pasal SINGLE . ape tu ? tau tak ??



credit to Dr.Cinta (^_^)

Kenapa saya lebih suka single? It is because:


1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.

6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya.

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.

#Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay. selamat subuh . :) #

Rabu, 23 Januari 2013

Manisnya ujian Allah


Assalamualaikum wbt . . 



       update kali ni pasal manisnya ujian Allah . J sorry lah sbb byk merapu kdg2.. okay, kite ni mudah utk mnilai dan kate sesuatu, tp sukar utk laluinye. Tak ramai yg btahan disebalik ujian yg jadi. Ade yg putus ase, ade sebaliknye. Sabar itu senjatanye. Bila ujian makin susah, maka makin kuat kite bsabar. Semua ni takkan sia2. Andai tidak dpt ganjaran didunia, di akhirat pasti ada. Yakin ! Allah pasti dgr keluh kesah kite dan tangisan kite. Jgn risau ya kawan2.. J

                Cthnye kan, nur diuji dgn kesakitan. Ptame kali operation tanpa keluarga disisi. Bayangkan kene buat keje sorg2.. paling perit bila lepas operate, nurse paksa utk nur berdiri sdiri. Sakit hanya Allah yg tahu. Paksa diri utk bgerak. Tp itu takpe, nur pasti ramai lg yg diuji dgn lebih teruk bbanding diri nur. Yg pasti, kite perlu terimanye. Redhalah…

                Apa yg hilang pasti akan bganti. insyaAllah, Allah akan mggantikan dgn sesuatu yg lebih baik.  Jgn mengeluh. Sepatutnye kite kene contohi kesabaran nabi. Sbgai cth, lihat bgaimana nabi ayub bersabar ketika diuji dgn penyakit. Baginda tetap bersabar dan tabah, tapi kite pula bgaimana?

                Wallahualam , tepuk dada Tanya iman. Bangkit dr kesakitan. Hakikatnye kan kite ni tak suka pd kesakitan tp ia tetap hadir sbb itu mmg ujian yg tlh ditetapkn. Cube kite renung, sekiranye kita sakit mata, rabun dan tidak nmpak, spatutnye kita ucap Alhamdulillah sbb kite ni sbnrnye thindar drpd mlihat maksiat. Cube kita pikir, brape byk maksiat yg dah kite lakukan oleh mata kite?

                Nur nk kongsi ni, nur pnah baca buku tntg seorg lelaki buta. Lelaki buta sblum ni masih Allah beri pnjam mata utk mlihat keindahan dunia ni slame 20 tahun. Stelah tu dia dah tak nmpak sbb faktor2 yg tak dpt dikenal pasti. Ape yg buat nur tertarik , lelaki buta tu ucap Alhamdulillah, dia amat bsyukur. Gara2 dia buta, dia dpt mhafal 3 juzuk alquran. Lelaki buta trsebut bkata, jika sy tak buta, blum tntu sy dpt hafal al quran.

                Subhanallah ! malu kn ? kite yg masih boleh melihat nie bgaimane plak kn ? hmmmm . Muhasabah diri .



Indahnya sabar


Assalamualaikum wbt . 


lamenye tak update page blog yg nie .  busybusy . . hehe



okayylah . Kali ni entry nur pasal sabar. ape tu sabar ? paham ke sabar tu mcmne ? semua tertanya2 . hehe. sabar itu ade kaitan dgn ujian . macam nie . SABAR : UJIAN .  nisbah nye sama . Jiwa kite ni sbgai hamba Allah tidak pernah terlepas dgn ujian. Setiap org tu berbeza ujiannye. Semua ujian tu tanda kasih sayang Allah pd hambaNya. Sbgai cth, nabi ayub diuji kesakitan. Nabi sulaiman pula diuji dgn kekayaan tp mereka smua tetap bsabar. Paling dpt kita fikir, Nabi Muhammad s.a.w diuji dgn plbgai rintangan ktika bdakwah.

                Janji ALLAH itu pasti. Suka atau tidak, ujian Allah itu pasti hadir. Org yg bsabar pasti dpt mgatasinye. Hidup kite ni sememangnye penuh dgn ujian kan ? adakalanya kite sdiri terlupa bhwa diri kite ni sdg diuji. Kite tertanya2 mgape perlu diuji? Mgape org lain kaya dan bahagia, kite pulak dukacita. Adekah ini tanda ALLAH tak sayangkn kita ?

                Hakikatnye dunia ni tak pnah sunyi dgn mreka yg bmandi airmata dlm mhadapi ujian. Allah takkan mguji hambaNya dgn sia2. Allah lebih tahu mgapa kita diuji. Allah menegaskn pd kita, jgn mharap kpd syurga selagi blum diuji.

                Tips nak jd hamba yg taat, sabar amatlah penting!! . hehe , byk tau cabaran yg perlu dilalui. Sbgai cth kan, bile dgr laungan azan pd subuh hari, kat situ wujudnye cabaran utk kite sama ade nk terus tidur atau kerjakn solat. Selain tu gak , kite ni susah payah kerja sana sini, dtg pula perintah agar kite tunaikn zakat. Itu semua perlu dilakukan demi sebuah ketaatan.   
         
                Jadi, fikir dan renunglah diri sendiri… di tahap mana kesabaran kite ni kan ?... RENUNGKAN & MUHASABAH . sorry capslock pulak :p