disable highlight

Khamis, 12 Jun 2014

G.E.R.D dan saya

Assalamualaikum wbt 

Puhhhhh~

Berhabuknyee lah blogg nie , maklumlah jarang nak meng hapdet ~
Busy busy dan busyy . spend time dgn family dulu lah .

haaa ? terkezut tak entry kali nie . 

G.E.R.D ? apo bondo eh ?

ni kan sepupu sepapat NERD . hehehehe , alaaa takkan taktau pulak an ? 

dak aih . 


GERD ni spesis penyakit lah , lagi dikenali (gastroesophageal reflux disease) 

*merupakan penyakit biasa kt negara Barat dan kini semakin banyak dikesan pada penduduk Asia, terutamanya golongan muda di bawah umur 40 tahun. haa , aku lah tu~

Bagi pesakit GERD ni, hakisan selalu berulang sehingga ke sel-sel saraf akan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian dada.

Kesakitan ini punca daripada kumpulan saraf berhampiran jantung yang dikongsi bersama salur esofagus. Kumpulan saraf ini dikongsi memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke perut.

Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, pesakit tidak akan sakit pada perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada (sternum) dan kerap pedih ulu hati. Pesakit juga akan kerap merasa masam (asid) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini.

(sumber : google)

haaa , kerap gak lah sakit , selalunye loyaa n rasa nk muntah2 ja , hilang selera maa~

punca yg pasti kat nur ni sebab kuattnya makan pedas~ 

waaaa , tak boleh pisah , pedass dan nur mmg tak dapat dipisahkan , maaf ya .

standard lah makan makanan yg pedas mesti rasa pedih ulu hati , tapi hope tak dela kritikal sgt GERD ni , boleh rawat lagi . masih tahap pertama , (nak kata yg diri ni kuat sebenaqnye) . 

setakat ni tahu rawatan utk GERD ni :

Rawatan

-Rawatan melalui pembedahan 
*mengetatkan cerutan struktur ini juga tidak menunjukkan kejayaan memberangsangkan kerana kebanyakan pesakit tetap perlu mengambil ubat.

-Ubat Proton Pump Inhibitor (PPI) 
*menjadi pilihan pakar sistem salur pemakanan untuk mengawal penghasilan asid oleh sel-sel di dalam perut, seterusnya mengawal masalah refluks asid pesakit GERD . 
(cth ubat : Esomeprazole)

-Digalakkan menemui doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan

-Ujian endoskopi 
*dilakukan untuk memastikan jika terdapat hakisan asid pada esofagus pesakit tetapi ujian ini tidak menjadi kewajipan untuk rawatan GERD. 

So~

itu jelah serba sedikit , sebenarny empunya diri pun taktau ape GERD tu sebab tak pnah dgr . dapat berkenalan pun sejak buat check up masa study kat kedah ritu~

story sikit lah , kerap kali muntah , loya , hilang selera , sakit ulu hati , pedihh je . bila makan ja nk muntah . .  so smpai bila nk rasa macamtu , ambik kputusan beli gaviscon n makan makan makan . 

waaaa~ banyak songehh , gaviscon rasa kapur . weeeekkkkkk~ 

serius nak muntah mehh , pelisssshhhhhh . ikut org laaa tp disebabkan empunya diri mmg anti-ubat . no ! no ! and no ! keep awayy , shuuhhhhh . . 

pastu dah berhabis dgn gaviscon tapi masih sakit so lastly ambik kputusan buat check up kt klinik dlu , check punya check , doktor kata phidap GERD . punya laaa blurr~ 

ape benda tu doktor ? -_-

Doktor punye lah muke suspen , nur pulak buat muka excited , mcm happy ja sbb pikir benda tu mcm comel comel gitu . mule2 dktor taknak cerita n dia suruh cari sendiri , ewahhhhh~ pemalas doktor ni . -_-

lastly dia cerita cerita . . . so , masa tu mmg tak fikir sgt sbb tgh serabut dgn final exam , buat biasa lahh jemahh oi . 

tapi . . . . . . 

Alhamdulillah skrg dah kurang . :) 
yg penting pandai jaga kesihatan . 

k la , nite ebelibadi . ^_^