disable highlight

Sabtu, 28 Januari 2012

Wanita Idaman Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim. . 

Assalamualaikum w.b.t . bosan la, tak tau nak watpe .
assignment dah siap , test dah pass , ermmm , update blogg ler jawabnye..
nak update tentang kaum Hawa lagi . suke update tntg kaum Hawa sbb kaum saya nie unik . (^_^)



Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. adakah saya CHILDISH ?? =.="

4. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

5. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

6. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

7. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

8. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain

create by PenPatah . . 

Rabu, 18 Januari 2012

DIRIKU DIRISIK ORANG


beberapa bulan yang lalu disaat ana sedang menjaga anak saudara ana ,umah ana didatangi beberapa buah kereta yang kami tak tahu apa tujuannya... seandainya ia saudara mara kami,kami memang mengenali kenderaan mereka.. tapi kali ini kami x tahu dan x mengenalinya kerana ia bagaikan asing bagi kami...ana bawa anak saudara ana ke bilik ana.. menjaganya didalam.. ana bagaikan ter tanya2 apa yang berlaku sampai kereta banyak yang masuk kew perkarangan umah.. tetap didalam kamar membuatkan ana semakin keliru dan tertanya tanya... ana decide untuk kuar dari bilik dan duduk dekat dengan ruang tamu dengan bertemankan anak saudara tersayang... kedudukan ana agak terlindung daripada pandangan orang tapi setiap bait bicara mereka dapat ana tangkap dengan jelas...
kemudian ana terus psg telinga.. ana dapat menangkap dengan jelas ayat nie..

"tujuan kami nak sunting mawar yang dijaga rapi dalam simpanan encik"

ayat tu membuatkan ana agak terkejut...

"kalau boleyh tahu mawar yang mn..???

"kalau di izinkan kami ingin menyunting mawar yang ada dirumah encik la"

ana bagaikan terkejut seketika..terkejut bukan kepalang.. 
Allah... biar betul diriku dirisik se awal ini....???
dalam hati ana,ana berdoa sangat2 moga abah minx waktu.. jangan di beri kata putus lagi.. tanyala diri ana dahulu.. itu yang ana harapkan masa tu... ana fikirkan ana terlalu muda untuk diikat..Allahurabbi... Alhamdulillah... abah minx waktu dengan dowg...
mereka memberi tempoh waktu selama 4 hari untuk memutuskan... kalau setuju,nak percepatkan pertunangan then nikah secepatnya sebelum anak terunanya berlepas kew mesir..
"dapat smbg ke mesir kew..?? anak saya nanti macm mn kalau dye jadi nikah dengan ank awk,sedangkan anak saya,saya nk dye bljar dalam negara jew.."

bercinta selepas nikah owg cakap cukup indah.. bila terpisah untuk sesaat pasti kerinduan mula bertandang.. sesaat dah rindu,lau ber-taon2 apa laq jadinya nanti..???
mak cik,pak cik,janganla fikir yang tu jew.. fikirla kebahagian mawar berduri nie jugak... ana xnk di tinggalkan sendirian dalam tempoh waktu yang lama.. kalau di tinggalkan,sape yang akan melindungi diri ini..?? sape yang akan mengubati ketakutan di hati ini..??? fikirla yang tu jugak mak cik,pak cik... rasanya nak ajew cakap secara terus,tapi apakan daya ana.. ana xkan keluar... keluhan tu hanya terbit dari hati sahaja bukan terlafaz di bibir secara nyata..
Allahurabbi... Abah memang sangat mengenali anaknya.. abah minx waktu.. dan mereka mengizinkan.. hari yang mereka akan datang untuk menutut jawapan yang pasti dengan ana sama ada "terima" atau "tolak" ,dye akan bawak anak terunanya sama untuk di pertemukan dengan ana.. sebaik rombongan pulang,abah memanggil ana.. dan bagitahu apa yang dah terjadi..
"apa pandangan abh ngan ma..??? abh nk terima kew risikan nie..??
"abh tak nak kata ap masa nie.. abah xtahu dye camne"

mak memilih untuk mendiamkan diri...

"abah,ma, orang letak seratus peratus kptsn di tangan ma ng abah.. lau ma ngan abah terima,orang akan terima mungkin ada hikmahnya nanti.."
abh ada tengok gmbar dye.. abh rasa macam x berkenan jew.."
"ma takleh kate pe.. nie msa depan anak ma sndiri.. biarla anak ma sndiri yang putuskan nak yang mana... anak ma ada hak nak tentukan sendiri.. bukan ma ngan abah yang nak kawin tapi nie anak pmpuan ma.. putusla sendiri terima atau tolak.. buat isthikharah.."

nielah sedikit sebanyak pembincangan kami pada masa tu... 
lepas berbincang ana memutuskan untuk masuk kew bilik dan berfikir... ntah mengapa,instict ana dari awal lagi rasa ada something wrong jew ngan lelaki yang risik ana nie.. tapi ana cuba untuk berfikiran positif.. kita xboleyh berpandangan negetif dengan orang sebab nanti Allah akan balas pada kita pulaq dengan orang lain pulak yang berfikiran negatif pada kita... lepas rombongan tu balik,ana betul2 keliru,gelisah.. xsenang duduk n ntah apa2 lagi..
pada malamnya, selepas solat,mengulang hafalan dan solat hajat.. ana mohon sangat2 moga tunjuk pada ana apa yang terbaik bagi ana dan masa depan ana... sebelum ana masuk ke alam mimpi, ana membuat solat istikharah.. moga2 dapat gambaran sapekah putera Allah yang akan menjadi sayap kanan ana nanti...

Allahurabbi.. syukrillah jiddan... malam tu ana betul2 dapat gambarannya.. gambaran tu membuatkan hati ana tenang.. dah xde kegusaran dan kekeliruan.. gambaran yang ana dapat masih orang yang sama seperti yang ana dapat sebelum nie.. ini bermakna,risikan tu perlu di tolak.. tapi ana xnak ter-buru2 membuat keputusan.. 
petangnya, sewaktu ana dan mama sedang memasak makanan untuk dimakan waktu malam,ana cuba pancing minat mama untuk berbincang tentang risikan tu...

"ma, apa pandangan ma yang sebenarnya dengan risikan tu..?? ma rasa orang patut terima tau tolak..???"

"knpe..???.."

"nak pendapat ma yang sebetulnya..ma lebih tahu dari orang.."

"ma tak boleh nak katala dayah..dayah fikirla sendiri.. nie masa depan dayah..:"

nada suara mama dapat ana tangkap dengan jelas... sedih..!
nie pertama kali ana lihat dengan jelas wajah mama yang sedang bersedih.. Allahurabbi...

"ma,orang dah buat istikharah..orang dah dapat jawapannya..tapi orang xnk yakin sangat.. nak tengok malam nie macam mane."

"apa jawapan dayah..??"

mama mula menunjukkan minat ...!he2..tersenyum ana dibuatnya.. Alhamdulillah.. dapat pancing minat mama...

"kemungkinan besar orang tolak..orang tak rasa yang mari risik tu lelaki yang orang dapat gambaran tu.."

positive responed..! mama tersenyum.. jelas kelegaan pada wajah tenang mama...

"bagusla kalau gitu gak..awal sangat kalau dayah nak nikah..result pekse tak tahu lagi..tunggula masuk U dulu.. tahu arh tuju kemana nanti ma bagila kata pelepasan.. biarla tahu ke mana nak gi dulu... "

xde apa yang dapat ana jawab melainkan hanya tersenyum.. puas..! 

hari ketiga selepas ari risikan tu,rombongan tu datang.. wah.. nie dah dikira mungkir janji..cakap empat hari,tapi baru 3 hari dah datang untuk menuntut jawapan yang pasti...
paginya mereka call mama cakap nak datang lepas asar..
sebaik jew mama khabarkan pada ana,ana xtahu kenpa jantung ana mula berdegup kencang..

Allahurabbi.. tenangkanla hati hambaMu ini...
ana menanti penuh sabar..

waktu asar yang dinantikan telah pun tiba akhirnya...
pada awalnya ana hanya duduk di dapur.. berdebar bukan kemain.. menunggu waktu untuk mama panggil mengadap rombongan untuk menyampaikan sendiri keputusan..

bila suara mama kedengaran,mak ai.. kelam kabut jadinya.. habis air atas meja tertepis dengan tangan,kaki laq tersepak kaki meja.. Allah..! sakit betul.. melompat2 jadinya menahan sakit.. berdebar punyer pasal..adoyai.. 
dengan langkah sebagai seorang wanita,ana berjalan per-lahan2(kebiasaan memang laju..he2..xsuker lambat2..) bermula dengan bersalaman dengan ahli keluarganya dye dan berakhir dengan umminya.. umminya mengenggam kemas tangan ana dan mencium ke-dua2 belah pipi ana..
ana mengambil tempat di sebelah mama.. ana cuba mencari yang mana satu lelaki yang ingin di satukan dengan ana.. mama ana mencuit lengan ana dan tunjuk yang mana satu... 
Allah..!
memang patut ana punyer kata hati kata x dari awal lagi.. apa x nya.. dye kekasih kawan ana.. malah masih bercinta sehingga detik dye khitbah ana.. masakan ana ingin menikam sahabat ana sendiri.. xkan..! xkan pernah sesekali.. ana xdilahirkan atas dunia ni untuk menyakiti orang dan mengkhianati orang.. mama dan abah x ajar semua tu.. mama dn abah ajar ana agar menghargai orang...!
secara terus ana cakap yang anak tolak..!
tanpa lengahkan masa yang ada, ana terus bersoal jawab dengan rijal tu...
nie butir bicara yang an masih ingat apa yang ana dan dye bersoal jawab..

"kenapa ustaz pilih ana sebagai calon..??"

"ana nak isteri yang terpelihara.."

sedikir terjeda masa nie.. terkejut dengan jawpan dye..

"tapi bukankah calon ustaz kawan ana..???"

"ana nak zaujah yang hatinya terpelihara daripada dinodai.. hati seperti sahabat anti bersepah2 di mana2 jew.. nak yang macam tu,senyum jew mesti cair.."

nie dah kira menghina nie.. berdesing rasanya telingar ana masa tu.. nak ajew ana ketuk2 kepala lelaki nie... wah3.. sesedeap rasa jew dye mengutuk pmpuan.. pmpuan tu padahalnya dye sendiri yang nodainya..

"layakkah ustaz untuk menjadi imam ana..?? ustaz seorang yang pengecut kerana hanya tahu menodai hati seorang wanita tapi xnak bertanggungjawab dengan mengambilnya sebagai yang halal bagi ustaz.. ustaz inginkan seorang wanita yang hatinya terpelihara daripada dinodai tapi ustaz sendiri yang menodai hati seorang wanita'.. ustaz mesti ingat surah annur ayat 26 sesungguhnya perempuan2 penzina itu pasangannya adalah lelaki2 penzina dan perempuan2 beriman itu pasangannya jugak lelaki2 beriman.. ustaz sepatutnya risik sahabat ana bukan ana..ustaz boleyh buat ana dengan shabt ana bermasam muka.. abah ana lebih menginginkan ana di jaga oleyh seorang huffaz.. harap ustaz faham.,,!

selepas menamatkan soal jawab dengan si anak,ana tahu tanggungjawab ana.. ana perlu meminta maaf dengan ummi dan abinya.. ana ingatkan si ummi akan marah,tapi x.. si ummi sebaliknya tersenyum kepada ana dan memegang ke-dua2 belah pipi ana dengan lembut.. dye kata ana betul..dye kata ana berani..he2..percubaan pertama..adoyai..
sewaktu rombongan nak balik,tangan umminya menggenggam erat tangan ana... sebelum berpisah sekali lagi ana dipeluk dan dicium.. si ummi sempat berkata 

"semoga dapat pendamping yang terbaik untuk membahagiakan dan melindungi.."

xde apa yang dapat ana katakan selain tersenyum.. dan ana sempat melihat ke arah lelaki tu.. nampak macam xpuas hati.. up to u..! yang penting ana buat apa yang patut ana buat...

moral of the value in this posted..
jangan mengharapkan yang sempurna seandainya diri masih belum sempurna.. jangan menodai hati seorang wanita seandainya menginginkan seorang isteri yang terpelihara... semuanya Allah dah tentukan.. bagaimana tingkah kita dan peribadi kita,begitulah yang akan kita dapat nanti....


renung2kanlah...