disable highlight

Sabtu, 22 Mac 2014

Dilema Memilih Jodoh





“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.


"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.


Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.



Saya hanya tersenyum.


"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.


*khas buat kaum Adam & Hawa dalam memilih pasangan sendiri*

Sincerely, Ana NurHidayah :D

Khamis, 20 Mac 2014

KEKUATAN UNTUK KITA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Dear whoever is reading this: I hope you have a reason to smile today :)


Salam Subuh , 
Khamis, 20.03.14 .
semakin hari semakin cuba untuk jadi lebih kuat .
Well , unless we try . 
siapa tahu kan , planning Allah ada HikmahNya .
Sebenarnya cantik sangat ape yg Allah telah rancang utk setiap hambaNya .
jangan bersangka buruk .
disebabkan ini juga .
nur belajar untuk lebih kuat lepasni .

YES

"Makin kita minta kuat.
Makin kita diuji hebat. 
Dan uji Tuhan itu.
Atas apa yang kita mampu.
Tak mungkin lebih dari apa yang mampu dipikul bahu".


Bisikkan pada hati, “wahai diri kembalilah kepada Allah. PadaNyalah tempat aku menyerah…”

Let go, let God. 

Hasbunallah wa nikmal wakil.

[ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ]”


Untuk diri kita:
“Ketika Tuhan menjatuhkanmu, hanya ada dua pilihan bagimu. Yang pertama, kamu jauh lebih terpuruk dengan menyalahkan keadaan. Yang kedua, kamu bangkit dan belajar seperti apa itu ikhlas; yang tidak bisa dipelajari kecuali dengan menjalani takdir-Nya dengan berlapang dada”

Dan pada masa yang sama,
Redha.

Bila satu masa, 
hati bertemu titik redha,
Saat itulah,
ALLAH akan pulangkan semuanya tepat pada masa.
Percaya. 
Ya, terus percaya. :')




Dear Akh, 
help me with your Du'a .
Du'a is Universal .
Du'a can heals everything, right ?
Do your best .
Brave .
Give Dakwah .
smile .
Dont stress .
La Tahzan .
I know who you are .
You're the strong person .
I can see from your face .
Your Akhlaq .
Your Identity .

please .
I'm begging you to be more Sabar & Tawadhu' .
In Shaa Allah . 
You will find the answer .

Syukran Jazilan .
Alhamdulillah, because we Taaruf each other.
from that,
I learn . . . 
"Allah , tidak pernah salah tunjuk . dan Allah tidak pernah salah dalam perancanganNya .

Assif jiddan .

In shaa Allah . :)


Your Secret admire, Ana NurHidayah .


Rabu, 19 Mac 2014

Takdir aku


ASSALAMUALAIKUM W.B.T


try to hide all my tears 


Usai solat isyak utk hari ini, aku merenung tapak tanganku dan aku termenung seketika . 
aku terpikir apa yang aku telah lalui sepanjang aku hidup selama 21 tahun .

apa yg tlh aku lakukan pada diri aku,

apa yg tlh aku lakukan pada hati aku,

apa yg tlh aku lakukan pada org sekeliling aku,

apa yg tlh aku lakukan pada agamaku . 

terdiam . . . . 

lalu aku mengesat airmata . hati rasa sebak . Allah , kenapa masih sebak sedangkan aku rasa sudah puas aku menangis . inilah yg dikatakan , Allah beri kesedihan kpd hambaNya kerana Allah inginkan hambaNya mengadu dan dekatiNya . Allah Maha Mendengar .

tetapi diri aku , aku tidak sebaik apa yg org sangka . aku masih lemah .adakalanya aku melihat muslimah sana sini, nampak sangat hebat sehingga mereka tidak mengetahui bahawa aku mahukan seperti mereka . 

aku sangat lemah . aku rasa terasing . aku rasa rendah sangat jika dibandingkan dengan muslimah atau sahabat muslimah yg aku kenali . aku tak kuat dan sebab itu juga aku mengalah untuk semua ini . 




Sebak,

Saat ku titipkan doa buat kita.

Saat ku titipkan rindu buat kita melalui Yang Maha Esa.

Saat ku bersujud memohon redha-Nya.

Tidak ku pinta kau untukku.

Tidak juga ku pinta aku untuk kau.

Cukup aku pinta yang terbaik untuk kita.

Kerna itu sudah lebih menyenangkan.

Tidak ku mahu menang sendiri.

Cukup Allah perancang terbaik buat kita.

Semoga ikhlas dan redha sentiasa bersama kita.

Dalam apa juga yang telah dirancangkan oleh-Nya.

Adalah rancangan yang terbaik buat semua.

Dengan Izin Allah. July.12 sehingga 17.03.14.

sincerely, Ana NurHidayah

FOR THE REST OF MYLIFE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

"Allah..ape kena dengan hati ni" 

"Kenapa susah sangat untuk pelihara hati ni" 

"Tolong duduk diam2" 

"Jangan hyperaktif sangat" 

"Jangan cepat sangat terluka" 

"Jangan cepat sangat jatuh cinta" 


nur oh nur . . please wake up dear ! jangan down . jangan stress . jangan menangis lagi . nur . . please realize that person are not suitable with you . 


"yes ! i'm admit but i can't . i'm sorry" 


hmmmm, habes tu ? hang nak terus sedih lah ni ? hang still nak tunggu dia ? tak payahlah . move on . hang tu muda lagi , hang akan jumpa banyak lagi lepas ni . skrg ni hang ada dalam kedah ja tau , hang tak p merata lagi . tibe2 suatu hari nant hang travelling , scara tak sengaja hang jumpa jodoh kat mana2 . siapa tahu kan ?


 "yes ! memang , tapi bagi nur masa untuk pulihkan hati . salah nur sebab suka kat orang yang tak mungkin untuk nur" 


hmmmm, tengoklah tu . haaa, sat g aku taboh hang , hilang ingatan kang . tak2 . bukan salah hang , suka , cinta semua tu fitrah . kita tak mampu halang kalau perasaan tu nak datang . kita ada hak untuk suka kat seseorang tapi aku nak ingatkan kat hang, nak something kene minta izin . so, hang nak dia ? hang kena la berdoa . minta pada Allah . aku tahu hang pendam perasaan kat dia lama , tapi lama mana hang pendam pun tapi tak da usaha . hang la yg rugi nur oi .


 "ishh , nur dah usaha lah ni , dah luahkan dah . sebelum ni dapat tengok dari jauh ja tau . laa ni nur yang akan pergi jauh dari dia . usaha tak membuahkan hasil lah . takpa la nak buat camna . tak bole paksa dia . kita tahu apa yang kita mahu . tapi ada satu saat kita kena sedar kita hanya mampu melihatnya dari jauh tetapi tidak dengan memilikinya" 


takpa lah nur , hang bersabar lah . dugaan ni untuk hang . 


"eh takpa .  nak buat camna lagi . dia berhak memilih . dia berhak menentukan masa hadapan dia . siapa yang akan bersama dia , siapa yang akan menjaga dia , siapa yang akan membantu dia dalam berdakwah , siapa yang akan setia bersama dia sewaktu dia bangun jatuh dalam kehidupan . macam nur pulak , dont wait for the right person to come into mylife, but make myself the right person to walk into someone else's life. tak gitu ? :')" 


hmmmm, nur nur . hang mmg kuat , hang member aku yg tabah . aku pun tak setabah hati hang . aku takda sifat kesabaran yang tinggi mcm hang bila aku tengok hang setia tunggu seseorang selama mana pun . hang pendam perasaan kat org yg hang suka . hang tak kisah hang bertepuk sebelah tangan . hang sanggup berkorban demi sahabat n org yg hang sayang . hang mmg kuat Nurhidayah :'D 


"eh, takda papelah . I don’t expect many good things from anyone. As a little girl I’ve learned that if you don’t expect something from something and it happens, you’ll appreciate it more. If you don’t expect it and it doesn’t happen, then you won’t be hurt as much either. dia pun sendiri kata, jangan berharap sangat sbb dia taknak bg harapan . dia dah warning awal2 tp itulah . nur ada masalah high paranoid . sebab itu nur mengalah sbb nur dah dapat agak jawapan dr dia. :')" 


dah2 . takmau sedih2 . berapa lama lagi hang nak sedih ni , mana nur aku yg dulu . yang selalu happy , yang selalu ambik berat psl org lain, yg selalu nampak kuat tapi sebenarnye diri sendiri tak kuat . wake up . kami nak hang yg tabah tu :') 


"i'm here , tapi maaf lah ya . nur pun tak berapa sihat sangat skrg ni, lepas ujian appendiks 2 tahun lpas skrg dtg lagi ujian gastrik kronik . maybe bole jadi ulser perut. nur ingat lepas habis paper final exam ni, nur nak say goodbye kat dia lah tapi . . . hmmmm, eh takpalah . tak kuat lagi" 


haish , takpalah nur. hang skrg fokus exam , fokus utk final sem , fokus kesihatan . hang tak bole terganggu sgt . hang sakit , jaga diri na . aku jauh nak perhatikan hang. chaiyo ! kuat . sabar . tabah . berdikari itu diri hang yg aku kenai . okayy . take care sahabat .


 "As a conclusion, from now i realize that i can't get you but i will pray for your happiness and i will try my best to become a better muslimah even i'm not with you . please take care yourself and your zaujah . 


"Nak cari pasangan, cari yang boleh terima diri kita. Yang boleh terima mak ayah kita, dan sayang mak ayah kita mcm mereka syg akan parents mereka sendiri.


Sekarang bukan zaman bercouple. Keluarlah dari kelompok jahiliyah. Jika betul berkenan, ambil lah jalan yang baik. Moga permulaan yang baik diakhiri dengan perkara yang baik juga :')"


InsyaAllah , Thanks for reading .
Love, ANA NURHIDAYAH.



Selasa, 18 Mac 2014

Inilah saya .


Assalamualaikum wbt . 



sape anak no.2 kita GENG . hehehehehe . selalu dengar orang kata anak kedua ni lagi nampak tua, nampak matang dan besar dari kakak atau abangnya. Well, admit kenyataan yang orang sekeliling katakan sebab perkara itu terjadi pada diri sendiri. Ya, nur anak kedua daripada 4 adik-beradik. actually nur ni garang tetapi bukan anak manja & anak mama / emak / ibu / mak mahupun ummi .

Dapat benda ni pun dari membe , dia share dari sorg ke sorg dan dapat lah kat nur , so hmmmmm , high expectation jugak la . overall semua ada kaitan dengan diri nur . sape yang tak kenal , camni lah nur ya :D

1# ANAK MANJA : sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
  • Nooooo, tak manja pun sebab tak suka dimanjakan . suka berdikari .
2# ANAK DEGIL : lebih degil, keras kepala & tidak mendengar kata. Semua dia yg betul, ramai-ramai adik beradik dia je yang ketegaq, kemahuan kuat, buat sesuatu bersungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak la, Jawabnya, boleh dipujuk tapi selalu tak berapa jalan.
  • Oppss, hehe , everything looks fimiliar with me tetapi kalau bab dalam ramai-ramai adik beradik tu nur lebih prefer mendiamkan diri sebab tak suka bergaduh or masuk campur dalam satu perbincangan. Memang lagi gadoooo woo kalau join . ngehehe .
3# TAK PANDAI PUJUK : Memang anak no 2 ni tak pandai pujuk
  • Nur mengaku memang tak pandai nak pujuk orang merajuk ni, sebab memang tak reti sangat . tapi ade masa mencuba jugak untuk pujuk org tp tak seberapa lah . hehehe . Sian siapa bakal suami nanti, takpa2 in shaa Allah boleh punya kan . :D
4# BERCINTA : Kalau bercinta, sangat setiaa. Sanggup berkorban
  • Well itu adalah NUR . Sangat setia pada yang satu. Allah S.W.T, keluarga & kawan-kawan & pada yang HALAL . In shaa Allah suatu hari nant . :)
5# HITAM / PUTIH : Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam / hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
  • Em yes apa yang dikatakan hitam putih tu mmg betul, tapi yg kenal nur, nur sangat open minded bila minta bertoleransi atau bertukar pendapat. Tak semua idea atau cadangan yang kita berikan hebat / bagus untuk dibanggakan. Bagilah peluang kepada orang lain juga. okayy . selalu mengalah jugakla . 
6# HATI : Nampak je keras, tapi hati lembut, satu perangai dia tak boleh ditegur.
  • speechless . Alamakkk :) , semua itu tepat terkena pada diri sendiri . hehe , sensitive sgt sgt kalau ckp perihal warga tua, org miskin, binatang . pernah menangis kat khalayak ramai sebab kawan usik , dia touch about pakcik cleaner nak beli makanan, pastu student langsung tak bagi laluan kat pakcik tu. masa tu jugak teriak kat kiosk UiTM , bengkak mata masuk kelas . huhu . jangan main2 tau . 
7# BERDIKARI : Very independent. Memang betul tapi kalau terlebih pun susah. Mudah bergaul & very take care.
  • YES ! mmg betul . bole survive walau duduk seorg diri . nampak je diam tapi bila dah kenal nur, habeslah . hehe . true ! sangat take care kat org :) .
8# ARAHAN : Payah nak terima arahan, lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh buat kerja dengan orang.
  • Rasenye yang ni tak sangat , sebab nur senang terima arahan dari orang atasan mahupun orang bawahan. Kita ni sama sahaja, memang nur suka buat hal sendiri bila kebosanan tapi bila kawan-kawan ajak buat pelbagai aktiviti , yes i'm that person no satu yang semangat 100% . muahahaha . but mmg suka sorg diri sbb rasa aman . 
9# PEMAAF & CARING : tidak dinafikan seorang pemaaf & caring. Tapi awas jangan bagi dia marah kalau dorang marah faham2 saja lah.
  • Ini pun betul . nur jenis senang nak maafkan orang even perkara itu boleh buat bergaduhh, tapi lagi satu jenis malas nak fikir kan, Let it go la kan ! Tapi kalau dah marah, macam gorillaaaaaaaaa ! hehe , gurau je . ape2 kalau gaduh dengan membe, nur yg akan start utk minta maaf n buang ego . nak marah lama2 tak kemana pun . tambah lagi , sometimes suka pada budak2 . suka bila dapat main or layan dgn budak2 kecik ni sebab rasa diri pun dah jadi macam budak2 kecik . haha . keep smiling . :)
10# PAKAIAN & PEMBERSIH : Nak semua up-to-date. Semua nak kemas n sangat pembersih.
  • yang pakaian ni bukan , takda kena mengena sangat . yang penting tutup aurat , kalau kemas tu betul , tak suka selekeh . suka pada kebersihan sbb nur sangat pembersih . take note . even kat rumah sewa pun tak bole nampak benda bersepah , tangan ni gatal nak kemas . sape yang dapat nur , jangan risau . buat jela sepah tu, nur pasti akan bersihkan sebab tu dah jadi macam hobi . bila boring, mengemas jela :) 


Thank you for reading !
Love, ANH ^_^