disable highlight

Selasa, 18 Mac 2014

Inilah saya .


Assalamualaikum wbt . 



sape anak no.2 kita GENG . hehehehehe . selalu dengar orang kata anak kedua ni lagi nampak tua, nampak matang dan besar dari kakak atau abangnya. Well, admit kenyataan yang orang sekeliling katakan sebab perkara itu terjadi pada diri sendiri. Ya, nur anak kedua daripada 4 adik-beradik. actually nur ni garang tetapi bukan anak manja & anak mama / emak / ibu / mak mahupun ummi .

Dapat benda ni pun dari membe , dia share dari sorg ke sorg dan dapat lah kat nur , so hmmmmm , high expectation jugak la . overall semua ada kaitan dengan diri nur . sape yang tak kenal , camni lah nur ya :D

1# ANAK MANJA : sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
  • Nooooo, tak manja pun sebab tak suka dimanjakan . suka berdikari .
2# ANAK DEGIL : lebih degil, keras kepala & tidak mendengar kata. Semua dia yg betul, ramai-ramai adik beradik dia je yang ketegaq, kemahuan kuat, buat sesuatu bersungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak la, Jawabnya, boleh dipujuk tapi selalu tak berapa jalan.
  • Oppss, hehe , everything looks fimiliar with me tetapi kalau bab dalam ramai-ramai adik beradik tu nur lebih prefer mendiamkan diri sebab tak suka bergaduh or masuk campur dalam satu perbincangan. Memang lagi gadoooo woo kalau join . ngehehe .
3# TAK PANDAI PUJUK : Memang anak no 2 ni tak pandai pujuk
  • Nur mengaku memang tak pandai nak pujuk orang merajuk ni, sebab memang tak reti sangat . tapi ade masa mencuba jugak untuk pujuk org tp tak seberapa lah . hehehe . Sian siapa bakal suami nanti, takpa2 in shaa Allah boleh punya kan . :D
4# BERCINTA : Kalau bercinta, sangat setiaa. Sanggup berkorban
  • Well itu adalah NUR . Sangat setia pada yang satu. Allah S.W.T, keluarga & kawan-kawan & pada yang HALAL . In shaa Allah suatu hari nant . :)
5# HITAM / PUTIH : Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam / hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
  • Em yes apa yang dikatakan hitam putih tu mmg betul, tapi yg kenal nur, nur sangat open minded bila minta bertoleransi atau bertukar pendapat. Tak semua idea atau cadangan yang kita berikan hebat / bagus untuk dibanggakan. Bagilah peluang kepada orang lain juga. okayy . selalu mengalah jugakla . 
6# HATI : Nampak je keras, tapi hati lembut, satu perangai dia tak boleh ditegur.
  • speechless . Alamakkk :) , semua itu tepat terkena pada diri sendiri . hehe , sensitive sgt sgt kalau ckp perihal warga tua, org miskin, binatang . pernah menangis kat khalayak ramai sebab kawan usik , dia touch about pakcik cleaner nak beli makanan, pastu student langsung tak bagi laluan kat pakcik tu. masa tu jugak teriak kat kiosk UiTM , bengkak mata masuk kelas . huhu . jangan main2 tau . 
7# BERDIKARI : Very independent. Memang betul tapi kalau terlebih pun susah. Mudah bergaul & very take care.
  • YES ! mmg betul . bole survive walau duduk seorg diri . nampak je diam tapi bila dah kenal nur, habeslah . hehe . true ! sangat take care kat org :) .
8# ARAHAN : Payah nak terima arahan, lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh buat kerja dengan orang.
  • Rasenye yang ni tak sangat , sebab nur senang terima arahan dari orang atasan mahupun orang bawahan. Kita ni sama sahaja, memang nur suka buat hal sendiri bila kebosanan tapi bila kawan-kawan ajak buat pelbagai aktiviti , yes i'm that person no satu yang semangat 100% . muahahaha . but mmg suka sorg diri sbb rasa aman . 
9# PEMAAF & CARING : tidak dinafikan seorang pemaaf & caring. Tapi awas jangan bagi dia marah kalau dorang marah faham2 saja lah.
  • Ini pun betul . nur jenis senang nak maafkan orang even perkara itu boleh buat bergaduhh, tapi lagi satu jenis malas nak fikir kan, Let it go la kan ! Tapi kalau dah marah, macam gorillaaaaaaaaa ! hehe , gurau je . ape2 kalau gaduh dengan membe, nur yg akan start utk minta maaf n buang ego . nak marah lama2 tak kemana pun . tambah lagi , sometimes suka pada budak2 . suka bila dapat main or layan dgn budak2 kecik ni sebab rasa diri pun dah jadi macam budak2 kecik . haha . keep smiling . :)
10# PAKAIAN & PEMBERSIH : Nak semua up-to-date. Semua nak kemas n sangat pembersih.
  • yang pakaian ni bukan , takda kena mengena sangat . yang penting tutup aurat , kalau kemas tu betul , tak suka selekeh . suka pada kebersihan sbb nur sangat pembersih . take note . even kat rumah sewa pun tak bole nampak benda bersepah , tangan ni gatal nak kemas . sape yang dapat nur , jangan risau . buat jela sepah tu, nur pasti akan bersihkan sebab tu dah jadi macam hobi . bila boring, mengemas jela :) 


Thank you for reading !
Love, ANH ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan